Muhyiddin, isteri tonton teater Natrah
Dis 1, 09 9:47am
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi menyaksikan pementasan perdana teater Natrah arahan pengarah
terkenal Erma Fatima di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Turut hadir menyaksikan ialah isteri beliau Puan Sri Norainee Abd Rahman dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.

Natrah mengisahkan Maria Hertogh, seorang gadis Belanda yang diserahkan oleh ibunya kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya kerana ditawan tentera Jepun.

Maria Hertogh atau nama Islamnya Natrah dipelihara dan hidup dalam suasana pendidikan Islam sejak dipelihara oleh Che Aminah.

Namun apabila bapanya Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Amerika Syarikat, dia pulang ke Bandung, Jawa untuk mencari anaknya Natrah yang ketika itu berada di Chukai, Terengganu.

Konflik timbul apabila berlaku perebutan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda.

Konflik agama dan isu penjagaan Natrah telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura pada ketika itu.

Pementasan teater, yang berlangsung selama tiga jam itu, dibintangi oleh Maya Karin, Umie Aida, Remy Ishak, Sofia Jane, Samantha Schubert dan ramai lagi. BERNAMA
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner