Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

kemaskini 1.33pm Seorang wakil rakyat DAP mengakui pernah menulis surat kepada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) memohon memindahkan rumah milik ibu tunggal yang menghalang pembinaan jalan.

Bagaimanapun ADUN Temiang, Ng Chin Tsai, berkata beliau tidak pernah meminta MPS merobohkan rumah Zarina Bee Mohd Ibrahim, 65, yang terletak di belakang pejabatnya.

NONE Tambahnya, surat permohonan tersebut telah ditulis tahun lalu, selepas beliau memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum ke-12.

Ng berkata sejak itu beliau tidak pernah menerima apa-apa maklum balas daripada pihak berkuasa tempatan itu.

"Pada pandangan saya, dia (Zarina Bee) kena pindah, ganggu keselesaan, sukar kereta nak masuk, terpaksa parkir di luar, (kerana) jalan sempit," kata Ng ketika dihubungi Malaysiakini.

NONE Beliau diminta mengulas mengenai kebimbangan Zarina Bee kerana rumah yang sudah didiami oleh keluarganya selama lebih 130 tahun sejak 1876 di Kampung Temiang akan diroboh oleh MPS.

Zarina Bee yang kini menetap di rumah kayu itu bersama-sama seorang anak lelakinya mendakwa tindakan tersebut dibuat ekoran desakan sebuah parti pembangkang.

Ibu tunggal itu mendakwa beliau diberi notis berpindah pada 16 November lalu tanpa sebarang pampasan daripada MPS sedangkan beliau membayar kadar sewa tanah tersebut kepada pihak berkuasa tempatan itu sejak 1960-an.

Tindakan MPS itu kerana kedudukan rumahnya itu didakwa menghalang pembinaan jalan tetapi ada rumah lain di hadapan dan di belakang tanahnya tetapi tidak pula mendapat notis roboh.

Mengulas lanjut, Ng juga berkata beliau dimaklumkan oleh penduduk di situ bahawa MPS pernah beberapa kali menghantar notis kepada Zarina Bee untuk berpindah ke tempat lain.

Ng menambah pada tahun 2006, terdapat arahan daripada Yang Dipertua MPS Datuk Abd Halim Abd Latif yang meminta beliau berpindah kerana berdekatan dengan jalan raya.

Bagaimanapun wakil rakyat DAP itu berjanji akan membantu Zarina Bee bagi mendapatkan pampasan daripada MPS.

ADS