Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khidmat spa tarikan baru pelancong
Diterbitkan:  Dec 8, 2009 11:29 PM
Dikemaskini: 9:33 PM

Industri spa dan kesihatan yang kini tumbuh bagai cendawan di negara ini kini mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai tarikan baru dalam industri pelancongan, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata, mengikut kajian yang dilakukan pada 2007 oleh Intelligent Spas, jumlah spa di Malaysia telah meningkat lebih 200 peratus sejak 2002 dan kini terdapat 170 spa dengan yang beroperasi secara kecil-kecilan mampu menjana purata RM1,000 sehari daripada segi jualan dan pengunjung persidangan.

Katanya, gabungan terapeutik tradisi timur dengan inovasi moden dalam perkhidmatan yang ditawarkan spa di negara ini menyumbang kepada pembangunan industri itu.

"Saya gembira bahawa spa adalah antara tarikan pelancongan paling popular di negara ini dan banyak agensi pelancongan yang menumpukan pada pelancongan spa khusus bagi pelancong yang ingin relaks dalam suasana selesa dan santai," katanya selepas merasmikan The Spa and Med Beauty di Subang, dekat Petaling Jaya hari ini. BERNAMA


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS