Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
T'ganu diisytihar bebas taun
Diterbitkan:  Dec 9, 2009 11:08 AM
Dikemaskini: 3:08 AM

Terengganu, yang dilanda taun sejak 11 November lepas, kini diisythar bebas daripada wabak itu setelah tiada kes baru dilaporkan sejak dua minggu lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican hari ini berkata sejak wabak itu dikesan di negeri itu bulan lepas, sebanyak 187 kes dikesan dengan satu kematian dilaporkan.

"Walaupun wabak ini telah tamat, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan

terus melaksanakan tindakan kawalan, pencegahan dan pengawasan bagi menggelak ia berulang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Ismail berkata siasatan mendapati jangkitan taun di Terengganu berlaku kerana kerana pengendali makanan dan orang ramai kurang mengambil berat tentang penjagaan kebersihan diri dan amalan pengendalian makanan yang selamat. - Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS