Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Insentif kewangan untuk industri aeroangkasa
Diterbitkan:  Dec 21, 2009 1:21 PM
Dikemaskini: 5:24 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kerajaan bersetuju untuk memberi insentif kewangan dan percukaian kepada mereka yang terlibat di dalam industri aeroangkasa.

Katanya, bidang yang akan mendapat insentif ini antaranya penyelidikan dan pembangunan (R&D), sistem integrasi, perkilangan dan pengeluaran, penerbangan umum, operasi penyelenggaraan, baik pulih dan rombak rawat (MRO) serta latihan dan persijilan aeroangkasa.

"Pengumuman secara terperinci pemberian insentif ini akan dibuat dalam masa yang terdekat," kata Najib kepada pemeberita selepas merasmikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia yang ke-enam di Putrajaya.

Najib berkata industri aeroangkasa telah mencatat pertumbuhan 11 peratus setiap tahun dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, manakala pelaburan telah meningkat 300 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Pada 2008, perolehan dalam industri aeroangkasa telah mencecah RM25 bilion.

Katanya, industri itu juga berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada 54,000 orang.

Namun demikian, beliau menjelaskan bahawa bilangan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam industri aeroangkasa ini masih belum mencukupi terutama dalam bidang jurutera penyelenggaraan pesawat berlesen (LAME).

"Menjelang 2015, kita memerlukan lebih kurang 16,000 jurutera dalam bidang ini," katanya.

Najib berkata jumlah pelaburan baru dan pelaburan semula dalam industri setakat ini adalah RM1.4 bilion dan dijangka membuka 2,700 peluang pekerjaan baru. BERNAMA


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS