Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banggarma pohon perintah batal pertukaran agama

Surirumah S Banggarma yang mendakwa telah diislamkan sewaktu dia masih kanak-kanak, telah memfailkan saman sivil memohon pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa pertukaran agamanya itu tidak sah.

Peguamnya, Gooi Hsiao Leung memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pagi ini.

NONE Banggarma, 27, atau nama Islamnya, Siti Hasnah Vangarama Abdullah, ditemani suaminya,S Sockalingam dan dua anaknya - Kanagaraj, 8, dan Hisyanthini, 2.

Dalam afidavitnya, Banggarma merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang dan Akta Umur Dewasa 1971 bagi menyokong kesnya itu.

Dalam samannya itu, Banggarma menamakan Yang Dipertua Perkim, Tun Dr Mahathir Mohamad; wakil Perkim, Raimi Abdullah; Majlis Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dan Kadi Bandaraya Pulau Pinang.

Gooi berkata Dr Mahathir dan Rami dinamakan sebagai responden dalam saman tersebut kerana Perkim didakwa terbabit dalam pertukaran agama Banggarma 20 tahun lalu.

Banggarma juga memohon perintah Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara supaya membatalkan identiti Islam pada kad pengenalannya.

Banggarma turut memohon Mahkamah Tinggi supaya mengarahkan jabatan tersebut mengeluarkan kad pengenalan baru untuknya dengan identiti agama Hindu.

Tanpa identiti agama Hindu dalam kad pengenalannya, Banggarma tidak boleh mendaftar perkahwinannya dengan Sockalingam pada 2000.

Gooi berkata, mengikut Artikel 12.4 Perlembagaan Persekutuan, seorang di bawah umur hanya boleh ditukar agamanya dengan kebenaran ibubapa atau penjaganya.

[Baca berita penuh]

ADS