Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekali imbas, jadual program 'Juara Rakyat' di Taman Bukit Sentosa, Bukit Beruntung yang dilancarkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini seolah-olah seperti jadual program untuk kempen pilihan raya.

juara rakyat najib 04 Selain diisi dengan program-program interaktif bersama rakyat, program tiga hari bermula semalam di pekan kecil yang terletak kira-kira 50 Km dari Kuala Lumpur ini juga disusun untuk kehadiran pemimpin-pemimpin tertinggi Umno.

Sejak semalam, timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun turun padang untuk menyertai satu program bersama masyarakat Cina di Bukit Beruntung, diikuti program menziarahi keluarga daif bersama ketua wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagi masyarakat Melayu pula, forum perdana ehwal Islam diadakan di pentas perdana, di kawasan ekspo, membariskan ahli-ahli panel termasuk mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dan Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Dr Ridhuan Tee Abdullah bertindak sebagai moderator dalam forum yang dirasmikan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Jamil Khir Baharom.

umno juara rakyat 02 Selain itu, naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga muncul semalam bagi membuka dan melawat gerai-gerai pameran daripada badan-badan perhubungan Umno negeri dan juga usahawan tempatan.

Kesemua badan perhubungan ini dikhususkan untuk menjalankan program pameran di setiap 13 negeri dengan tema-tema yang terpilih.

Pameran ini akan dimulakan di Pahang bulan ini dengan tema pendidikan, diikuti Kelantan pada Februari (kebajikan) dan Wilayah Persekutuan pada Mac (agensi kerajaan).

Pameran di Pulau Pinang pula akan berlangsung pada April (NGO dan swasta) diikuti Perak pada Mei (wanita dan keluarga) dan Terengganu pada Jun (belia dan sukan).

Di Johor, pameran akan berlangsung pada Julai (ekonomi dan keusahawanan), manakala Kedah pada Ogos (ibadah dan kerohanian) dan Sabah pada September (1Malaysia: Perpaduan dan kebudayaan).

juara rakyat najib 06 Pameran ini akan diteruskan di Selangor pada Oktober (pertanian), diikuti Negeri Sembilan pada November (kesihatan dan keselamatan) dan juga Melaka pada Disember (kerjaya dan kemahiran).

Siri pameran ini akan berakhir di Perlis yang akan membawa tema sejarah Umno dan BN.

Dalam pada itu, program hari ini pula lebih memuatkan acara khusus untuk pelancaran program oleh Najib selaku presiden parti dan juga timbalannya Muhyiddin.

Selain menyempurnakan pelancaran dan membuat ucapan, satu program juga diatur untuk Najib meninjau kerosakan di sebuah kompleks pangsapuri yang terletak kira-kira enam kilometer daripada tapak ekspo Juara Rakyat.

Hari ini juga, satu program diatur untuk bendahari Umno Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menziarahi Rumah Anak Yatim Bukit Beruntung, manakala untuk setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula dijadualkan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang satu pertandingan nasyid.

.

program juara rakyat Esok, ketua pergerakan pemuda dislotkan untuk merasmikan satu pertandingan futsal, manakala naib presiden Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pula dijadual untuk merasmikan satu program ceramah motivasi yang akan disampaikan penceramah Datuk Dr Fadzilah Kamsah.

Selain itu, program ziarah keluarga daif juga disusun untuk puteri Umno, yang akan diketuai wakil kepada pemimpin pergerakan itu, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Turut diatur, program untuk Seorang lagi naib presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mendekati golongan muda dengan menyampaikan hadiah bagi pertandingan motosikal dan vespa tercantik.

ADS