Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kuil Sikh di Sentul dilempar batu
Diterbitkan:  Jan 13, 2010 12:21 AM
Dikemaskini: Jan 13, 2010 3:29 AM

Satu lagi insiden rumah ibadat diserang dilaporkan berlaku petang semalam - kali ini sasarannya adalah sebuah kuil Sikh di Sentul apabila ia dibaling batu yang merosakkan sebuah pintu kaca.

gurdwara sahib sentul damge front door windows Polis menemui kira-kira 20 biji batu besar dekat pintu terbabit. Kuil Gurdwara Sahib itu berusia 100 tahun.

Beberapa sukarelawan yang sedang membersihkan kuil berkenaan, terdengar bunyi kaca pecah pada kira-kira jam 6.45 petang dan pergi memeriksanya. Salah seorang sukarelawan, yang juga pegawai polis, memaklumkan kejadian itu kepada polis.

   

Pengerusi jawatankuasa kuil tersebut, Gurbial Singh berkata tiada seorang pun yang nampak penyerangnya. Katanya, kitab suci Sikh menggunakan perkataan Allah. Pegawai kuil itu menggesa para penganutnya supaya bertenang.

Sebelum ini, beberapa buah gereja menjadi sasaran serangan bom api dan vandalisme ekoran keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengetepikan larangan kerajaan terhadap bukan Islam menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataaan 'God'.

gurdwara sahib sentul damage 1 Keputusan itu membolehkan mingguan Katholik, Herald menggunakan perkataan Allah dalam bahagian bahasa Malaysianya. Kementerian dalam negeri (KDN) kemudiannya memperolehi perintah mahkamah untuk menangguhkan keputusan tersebut sementara menunggu rayuannya.

Sekurang-kurangnya sembilan gereja telah menjadi sasaran  sejak Jumaat lalu ekoran keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Tujuh gereja diserang dengan bom api - empat di Lembah Klang, dua di Taiping dan satu lagi di Seremban.

gurdwara sahib sentul stone Kerosakan paling teruk dialami oleh Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur di mana tingkat bawah bangunan tiga tingkat yang menempatkan gereja tersebut, hangus terbakar.

Dua lagi gereja yang turut diserang - sebuah di Melaka disimbah dengan cat hitam, manakala sebuah gereja di Miri, Sarawak dibaling batu yang memecah kaca salah sebuah tingkatnya.

Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan ahli parlimen Selayang, William Leong (foto bawah) turut melawat kuil Gurdwara Sahib pada kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Sewaktu prosiding kes Herald , Presiden Majlis Gurdwara Malaysia, Jagir Singh telah memfailkan permohonan untuk mencelah.

gurdwara sahib sentul damage eli wong william leong Dalam permohonannya itu, beliau berkata perkataan Allah terkandung dalam kitab suci Sikh - Sri Guru Granth Sahib Ji.

Jagir berkata, kitab suci Sikh adalah dari Tuhan dan oleh itu, tiada sebarang perkataan di dalamnya yang boleh ditukar, dipinda atau diganti.

Majlis tersebut, yang mewakili masyarakat Sikh, adalah antara pertubuhan yang memohon untuk mencelah dalam kes tersebut.

Beberapa pertubuhan Islam - Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Terengganu, Perak dan Wilayah Persekutuan - juga turut memohon untuk mencelah, dengan berhujah bahawa mereka juga ada kepentingan dalam kes tersebut.

Bagaimanapun, permohonan mereka ditolak oleh mahkamah.

[Berita asal]

ADS