Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat semakan awal ke atas buku bertajuk 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamed in Turbulent Times'.

Ketika dihubungi, seorang pegawai bahagian kawalan penerbitan dan teks al-Quran KDN berkata, buku itu telahpun "dikaji" dan laporan mengenainya telah diserahkan kepada pegawai tinggi KDN.

"Ia kini terpulang kepada para pegawai untuk memutuskan mengenai status dan pengedaran buku tersebut," kata beliau yang tidak mahu namanya disebut.

Setiausaha bahagian berkenaan, Abu Hassan Dahaman tidak dapat dihubungi bagi mendapat komennya, walaupun banyak kali mencubanya.

NONE Awal bulan lalu, KDN telah merampaskan 800 naskah buku tersebut di Pelabuhan Klang.

Buku tulisan editor Asian Wall Street Journal, Barry Wain itu membuat penelitian kritikal terhadap permulaan politik Dr Mahathir dan kepimpinannya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

Antara lain, Wain mendakwa Dr Mahathir telah membazirkan sehingga RM100 bilion sewaktu pentadbirannya dan ini telah mencetuskan desakan supaya ianya disiasat.

Dr Mahathir juga meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat dakwaan tersebut, tetapinya ianya ditolak .

Walaupun mantan perdana menteri itu mengakui berlaku kerugian kewangan sewaktu pentadbirannya, tetapi beliau mendakwa jumlahnya tidak sepatutnya melebihi RM10 bilion.

Berita asal

ADS