Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Minta rakyat berjimat tapi k'jaan sendiri membazir'
Diterbitkan:  Jan 19, 2010 1:06 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

PAS membidas kerajaan BN yang menurutnya meminta rakyat berjimat sedangkan ia sendiri membazir termasuk peruntukan ‘hangus’ RM1 bilion untuk sukan Formula 1.

idris ahmad pas information chief “Walaupun kerajaan BN bangga mengatakan telah berjimat RM 1.3 bilion (dengan mengurangkan subsidi gula), namun kerajaan bazirkan RM1 bilion dalam bajet 2010 untuk memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat,” kata ketua penerangannya, Idris Ahmad.

 

Dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan kerajaan BN, kata Idris, menyebabkan kenaikan harganya sebanyak 20 sen.

“Dasar ini menunjukan bahawa kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonominya terhadap rakyat.

“Mungkin pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai yang kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tetapi rakyat risau dengan naiknya harga sedemikian sudah boleh dianggap besar sebab bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan.

“Banyak lagi barang pengguna lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik,” katanya.

Menurut Idris lagi, kerisauan itu akan berterusan kerana harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah.

“Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain.

“Ini membuktikan Kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah sebab telah banyak dibazirkan sebelum ini.

“PAS memahami kesulitan kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul,” tambahnya.

ADS