Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis: Isu Allah tak timbul jika k'jaan cepat bertindak

Kegagalan kerajaan menangani isu-isu  mengganggu keharmonian beragama menyebabkan terdapat pihak yang kini berani bertindak lebih jauh dengan menyerang rumah ibadat agama lain, kata seorang aktivis Katholik.

Dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, K Sudhagaran Stanley mempertikaikan tindakan kerajaan yang didakwanya lambat bertindak, antaranya berhubung insiden dua gereja di Kuala Lumpur 'dicerobohi' dua wartawan majalah Al Islam tahun lalu.

"Sehingga kini, tiada pendakwaan dikenakan terhadap dalangnya dan ini menghantar tanda (signal) yang salah kepada rakyat Malaysia.

"Ia menyarankan, adalah okey untuk memasuki rumah ibadat orang lain, mengintip dan menghina ibadah mereka," katanya.

Sudhagaran berkata, jika kerajaan bertindak tegas daripada mula, insiden seperti serangan dan vendalisme terhadap gereja - yang dikaitkan dengan pertelingkahan berhubung penggunaan kalimah Allah - mungkin tidak akan berulang.

"Hari ini gereja kami dibom (dengan bom petrol), dirosakkan dengan batu dan cat, (tetapi) masih tiada sesiapa dibawa ke muka pengadilan," tulisnya.

Dalam surat dua halaman tersebut, Sudhagaran bertanya kepada Najib:

"Adakah kerajaan anda menentang orang Kristian di negara ini? Apa yang polis tunggu lagi? Adakah mereka tunggu sehingga seseorang terbunuh (baru hendak bertindak)?

Pada 8 Julai lalu, Sudhagaran dan rakannya Joachim Francis Xavier membuat laporan polis kepada dua wartawan majalah terbitan Kumpulan Utusan Berhad, Al Islam kerana memasuki gereja dekat Putrajaya bagi menyiasat dakwaan wujudnya usaha memurtadkan gadis bertudung.

Sehingga kini, Sudhagaran mendakwa masih tiada tindakan diambil terhadap mereka.

Keluhan Sudhagaran  pernah disuarakan sebelum ini, termasuk melalui surat gesaan ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu.

[Baca berita penuh]

ADS