Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Timbalan pengerusi PKR Pahang letak jawatan
Diterbitkan:  Jan 25, 2010 1:13 PM
Dikemaskini: 6:34 AM

Anggota Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli parti itu dan juga anggota Parlimen Indera Mahkota.

"Hasrat ini saya telah maklumkan pada mesyuarat perhubungan parti semalam yang dihadiri semua ketua bahagian kecuali bahagian Cameron Highlands. Saya juga meletak jawatan sebagai Pengerusi Biro Keahlian PKR Pahang," katanya kepada pemberita di Kuantan, hari ini.

    

NONE Azan, 44, berkata beliau meletak jawatan kerana kecewa dengan pentadbiran parti itu di peringkat negeri.

"Bagaimanapun saya masih kekal sebagai anggota Parlimen PKR bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota dan saya juga masih ketua bahagian Indera Mahkota," katanya.

Pada pilihan raya umum lalu pada Mac 2008, beliau menewaskan calon Barisan Nasional, Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan majoriti 1,027 undi.

Azan berkata beliau sebelum ini telah beberapa kali menegur pentadbiran PKR negeri khususnya berhubung pengurusan kewangan dan kutipan derma serta isu "cah keting" namun perkara itu tidak menjadi sesuatu yang positif.

"Saya antara ahli parti yang menegur kerajaan negeri Pahang serta kerajaan pusat terutama berkaitan laporan audit, (tapi) apabila dalam parti (sendiri) ada elemen sebegini, ini tidak betul dan saya membuat teguran," katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan pemimpin-pemimpin PKR Pahang selepas ini, beliau berkata, parti itu tidak seharusnya menjadi hak persendirian, usteru tindakannya itu tidak sepatutnya mewujudkan suasana bermasam muka antara mereka.

- Bernama

ADS