Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permohonan batal saman Tg. Temenggong 25 Mac
Diterbitkan:  Jan 26, 2010 4:05 PM
Dikemaskini: 8:56 AM

Permohonan dua pegawai Istana Kelantan bagi membatalkan saman oleh Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry

Sultan Ismail Petra kerana mendakwa beliau difitnah berhubung masalah perkahwinannya dengan wanita Indonesia Manohara Odelia Pinot ( bawah ), akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Mac ini.

manohara odelia pinot malaysiakini interview 290609 03 Permohonan Pegawai Tadbir (Pentadbiran) Pejabat Sultan Kelantan, Nik Mahmud Nik Jaafar, 32, dan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, 58, akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nazri Ismail menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas kes itu disebut di hadapannya untuk pengurusan kes.

Nazri dijadual berjumpa kedua-dua pihak pada 15 Mac ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan mereka memfailkan hujahan bertulis berkaitan permohonan itu.

Kedua-dua pegawai istana itu memohon membatalkan saman yang difailkan putera raja itu pada 10 Ogos 2009  kerana ia mengaibkan, remeh, menyusahkan, penyalahgunaan proses mahkamah dan saman itu juga tidak mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah.

Mereka berkata Tengku Muhammad Fakhry dalam saman itu gagal mengaku dengan nyata keseluruhan kandungan artikel yang dikatakan memfitnah yang diterbitkan dalam media elektronik.

Mendera isteri

Teng NONE ku Muhammad Fakhry menyaman kedua-dua pegawai istana itu berhubung satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada 15 Jun 2009  mengenai masalah perkahwinan beliau dengan dan Manohara, seorang model dari Indonesia.

Beliau mendakwa kenyataan itu menggambarkan seolah-olah ayahandanya dan pejabat istana meminggirkan beliau dan seperti menggambarkan beliau bersalah mendera isterinya.

Kedua-dua defendan dalam pernyataan pembelaan berkata kenyataan akhbar berhubung pertelingkahan antara Tengku Muhammad Fakhry dan Manohara yang dikeluarkan, adalah suatu 'keistimewaan yang melayakkan' kerana mereka sekadar bertindak mengikut tanggungjawab masing-masing dalam hal ehwal istana atas arahan Pemangku Raja Kelantan.

Kedua-dua pegawai itu mendakwa bahawa perkataan-perkataan dalam kenyataan itu bukan bermaksud untuk memperkecilkan Tengku Temenggong dalam kedudukan beliau sebagai anggota keluarga diraja Kelantan.

Mereka memberi alasan bahawa pergolakan dalam kehidupan Tengku Temenggong dan isterinya adalah perkara peribadi dan tiada kaitan dengan hal ehwal Pejabat Sultan Kelantan.

- Bernama   

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS