Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PTPTN perlu dana RM5 bilion setahun
Diterbitkan:  Jan 30, 2010 10:12 PM
Dikemaskini: 2:20 PM

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) memerlukan RM5 bilion setahun bagi memastikan mereka yang layak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) tidak tercicir.

khalid nordin ptptn loans 050309 01 Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keperluan itu memandangkan pertambahan peluang dan jumlah mereka yang akan melanjutkan pengajian ke IPT.

"Sekarang peruntukan setahun untuk PTPTN adalah sebanyak RM3 bilion, kementerian menganggarkan menjelang 2013 ia tidak mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan " Real Undergraduate " di Putrajaya, hari ini.

Mohamed Khaled berkata keperluan itu juga memandangkan bayaran balik yang di buat oleh peminjam adalah secara ansuran.

"Kini kementerian sedang membuat kajian bagaimana hendak menentukan kelestarian PTPTN...untuk menentukan dana itu hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan," katanya.

ptptn one stop centre kl sentral 260307 applicants Beliau berkata ibu bapa yang berkemampuan sepatutnya perlu mengambil tanggunggjawab untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka dan tidak meletakkan sepenuhnya di bahu kerajaan sahaja.

"Kerajaan dah sedia infrastruktur, sediakan tenaga akademik itu sudah disubsidi jadi kalau memang anak orang kaya sepatutnya boleh bayarlah tanpa bantuan kerajaan," katanya.

- Bernama

ADS