Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Kita tidak roboh apa-apa
Diterbitkan:  Jan 31, 2010 8:47 PM
Dikemaskini: 1:32 PM

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengulangi kenyataannya bahawa polis tidak pernah berniat untuk sengaja menggagalkan apa jua program yang disusun kerajaan negeri.

Beliau mengulas dakwaan polis sengaja cuba mengagalkan program sambutan perayaan Thaipusam kerajaan negeri Selangor di Batu Caves Jumaat lepas.

    

thaipusam mb khalid visit 290110 setting up the stage 02 Katanya, apa yang berlaku pada hari itu ialah polis terpaksa mengarahkan pihak penganjur program pemberian bantuan kerajaan negeri Selangor kepada badan amal dan sekolah Tamil di sekitar Selangor membuka pentas yang didirikan di tengah-tengah jalan bagi majlis itu kerana ianya mengganggu ketenteraman dan keselamatan orang ramai.

    

"Jangan putar belit, kita tidak robohkan apa-apa. Kita hanya arahkan mereka membuka pentas tersebut kerana ia didirikan di tengah-tengah jalan yang akan menganggu lalu lintas yang turut digunakan penganut pada keesokan pagi untuk membawa kavadi.

    

"Kita tidak halang mereka mahu memberikan bantuan tetapi kenapa pihak mereka tidak berbincang dengan komuniti kuil itu untuk membuat program tersebut di dalam kawasan kuil yang saya rasakan ia lebih sesuai daripada mengganggu ketenteraman awam," katanya.

thaipusam mb khalid visit 290110 give out check 02 Beliau juga ditanya mengenai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bercadang memfailkan saman terhadap polis kerana menghalang majlis penyampaian bantuan tersebut.

Ketua Polis Selangor itu berkata, pihaknya tidak akan menghalang  kerana tindakan polis pada malam itu tidak mempunyai agenda politik dan ianya diambil kerana kepentingan keselamatan dan keamanan.

    

"Kita sendiri mendapat rungutan dari orang ramai yang tidak bersetuju pentas berkenaan didirikan di tengah-tengah jalan kerana menurut mereka ia hanya akan mengganggu upacara perayaan mereka," katanya.

Sementara itu, Khalid menyarankan orang ramai yang ingin pulang ke kampung masing-masing atau bercuti ke luar daerah sempena perayaan Tahun Baru Cina supaya mengisi borang pemberitahuan kepada pihak polis.

Ini akan memudahkan pihak polis menjalankan pemantauan dan pencegahan jenayah di kawasan perumahan yang ditinggalkan kosong, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS