Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saiful beri keterangan secara tertutup
Diterbitkan:  Feb 4, 2010 11:31 AM
Dikemaskini: 4:07 AM

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari kedua hari ini dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, memberi keterangannya secara tertutup di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Anwar memasuki mahkamah pada 10.02 pagi and perbicaraan bermula pada 10.30 pagi.

Seorang daripada peguam Anwar, Ramkarpal Singh Deo, berkata  Saiful memberikan keterangan dalam pemeriksaan utama oleh Peguamcara Negara II  Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan.

Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula semalam di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

    

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan dijalankan selepas 18 bulan Anwar dihadapkan dengan tuduhan itu.

Peguam utama beliau, Karpal Singh, semalam memohon agar keterangan Mohd Saiful didengar secara tertutup kerana saksi itu telah menceritakan apa yang berlaku di kondiminium berkenaan semasa disoal semalam.

Dalam keterangannya itu, Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa Anwar mahu mengadakan hubungan seks dengannya apabila dia pergi ke kondiminium itu untuk

menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.

- Bernama

ADS