Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno sentiasa buka pintu rundingan kepada PAS
Diterbitkan:  Feb 8, 2010 12:20 PM
Dikemaskini: 4:24 AM

Umno sentiasa membuka pintu rundingan kepada Pas terutama bagi membincangkan isu agama Islam dan perpaduan orang Melayu, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

NONE Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata Umno bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk berunding, namun Pas perlu bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam melaksanakan perkara itu.

"Umno sejak dulu lagi sedia untuk berunding dengan Pas dalam apa juga isu, bagaimanapun mereka yang sentiasa berdolak-dalik dan mengenakan pelbagai syarat," katanya kepada pemberita di Temerloh.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengajak Umno untuk berbincang berkaitan isu-isu agama Islam.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata kesediaan parti itu untuk mengadakan perbincangan membuktikan Umno sentiasa ikhlas dan bersikap tolak ansur.

"Kita harap Menteri Besar Kelantan itu juga jujur, ikhlas dan bertolak ansur serta tidak meletakkan syarat demi kebaikan bersama," katanya.

Tambah beliau, kesediaan Umno itu bukanlah sebagai satu mainan politik tetapi demi kebaikan rakyat negara ini.

- Bernama

   

ADS