Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Malaysia sasar tak import beras menjelang 2015
Diterbitkan:  Feb 8, 2010 3:03 PM
Dikemaskini: 7:07 AM

Malaysia mensasarkan tidak lagi mengimport beras menjelang tahun 2015, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd Johari Baharum.

johari baharum Bagi merealisasikan objektif itu, beliau berkata usaha sedang giat dilakukan bagi meningkatkan hasil di dua kawasan jelapang padi negara iaitu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), masing-masing antara 5 hingga 10 peratus.

Selain itu, kerajaan juga akan membuka lebih luas kawasan tanaman padi secara mini estet bagi memberi peluang kepada petani mendapat pulangan lebih lumayan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan KADA 2010 di Kota Baharu, hari ini.

rice paddy padi beras from thailand in malaysia 190307 Katanya pada masa ini Malaysia mengimport 30 peratus atau 700,000 metrik tan beras setiap tahun bagi menampung keperluan dalam negara.

"Jika kita mampu meningkatkan pengeluaran padi di dua kawasan iaitu MADA dan KADA antara 5 hingga 10 peratus mulai tahun ini, kita yakin  tidak akan lagi mengimport beras pada 2015,” katanya.

Katanya pada tahun lalu KADA mengeluarkan kira-kira 230,000 metrik tan padi dan dijangka meningkat sehingga 260,000 metrik tan tahun ini.

Beliau berkata kementerian juga sedang menyiapkan kertas Kabinet mengenai langkah-langkah pencegahan dan membendung musuh tanaman yang boleh mengancam

pengeluaran padi negara.

- Bernama

   


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS