Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Legenda kewangan George Soros - salah seorang bekas pendokong utama kempen Barack Obama - menyatakan kekesalannya terhadap pentadbiran presiden Amerika Syarikat itu.

Soros, yang masih tajam berpengamatan pada usia 79 tahun, memberitahu Malaysiakini beliau kecewa dengan keengganan Obama mengheret mantan presiden Georga W Bush ke muka pengadilan atas dakwaan "melakukan jenayah perang".

NONE Soros berkata, beliau membiayai kempen Obama pada tahun 2008 kerana "adanya keperluan untuk memisahkan Amerika daripada pentadbiran Bush."

"Tetapi (Obama) gagal menjalankan tanggungjawabnya kerana mahu menjadi penyatu yang hebat, dan beliau tidak mahu meletakkan tanggungjawab pada pentadbiran terdahulu atas pembazirannya (Bush)," katanya.

Dermawan yang dilanda kontroversi kerana kegiatan spekulasi matawang itu berada di Hong Kong baru-baru ini, bagi menyampaikan ucapan di sebuah universiti serta menghadiri mesyuarat yayasannya, Open Society Institute.

Dalam temubual selama 20 minit di sebuah hotel, Soros berkata beliau tidak bersetuju dengan pendekatan Obama menangai krisis kewangan kerana "kaedah itu tida k banyak berbeza dengan cara pentadbiran Bush".

Alasannya, apa-apa skim yang di gunakan untuk menyuntik modal kepada bank perlu diwajibkan dan dijalankan secara menyeluruh, bukannya secara semberono dan sukarela.

Soros, berbaju putih, mengimbas semula salah satu topik kegemarannya - keperluan mengawal sistem kewangan global. Bagaimanapun, beliau mengakui, projek ini mungkin tidak akan berjaya disiapkannya.

Pakar kewangan kelahiran Hungary itu dinobatkan sebagai individu ke-29 terkaya di dunia oleh majalah Forbes , dengan nilai harta dianggarkan berjumlah US D13 bilion dolar.

[Baca temubual penuh]

 
ADS