Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jambatan P' Pinang sesak akibat gangguan elektrik
Diterbitkan:  Feb 24, 2010 6:15 PM
Dikemaskini: 10:21 AM

Ratusan kenderaan terkandas selama hampir sejam di laluan masuk ke Jambatan Pulau Pinang apabila plaza tol jambatan berkenaan mengalami gangguan bekalan elektrik.

penang bridge 131204 Jurucakap syarikat pengendali jambatan, Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) ketika dihubungi, berkata laluan pintu masuk plaza tol jambatan itu mengalami kesesakan teruk kira-kira jam 4.10 petang.

"Sistem tol dan palang tidak dapat berfungsi sementara ketika bekalan elektrik terputus dan ia menyebabkan pengguna dari tanah besar tidak boleh masuk ke pulau," katanya.

Beliau berkata, semua pintu tol tunai kemudiannya beroperasi selepas beberapa minit kemudian tetapi lorong Smart Tag dan Touch and Go masih belum dibuka ekoran gangguan bekalan elektrik itu.

Jurucakap itu berkata, gangguan bekalan elektrik itu juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang lebih 4km dari Seberang Jaya ke Jambatan Pulau Pinang.

 - Bernama

ADS