Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suhakam: Anak Raja Petra akui cederakan diri sendiri

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata, pihaknya tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan berlakunya salahlaku oleh pihak Penjara Sungai Buloh terhadap Raja Azman Petra - anak kepada penulis blog Raja Petra Kamaruddin.

Sepasukan empat orang dari Suhakam berada selama dua setengah jam di penjara tersebut untuk menyiasat aduan berhubung kecederaan yang dialami Raja Azman awalbulan ini.

raja azman raja petra Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam berkata kecederaan pada pergelangan tangan Raja Azman ( kiri ) tidak memerlukan jahitan dan tidak seserius yang didakwa.

Menurut Siva, Raja Azman, 34, sendiri menyatakan pada pertemuan mereka tadi bahawa beliau menelan bilah pisau cukur sebagai protes selepas diasingkan daripada tahanan lain.

Siva berkata, pengasingan itu perlu bagi tujuan siasatan terhadap Raja Azman kini ditahan reman kerana kes curi dan menunggu perbicaraan.

Raja Azman dimasukkan ke hospital selepas dia dipercayai menelan sebilah pisau cukur.

Dia dijumpai dalam keadaan lemah dalam sel penjaranya oleh petugas dari penjara Sungai Buloh semasa melakukan tugas rondaan pada Selasa petang.

NONE Laporan itu menyebut Raja Azman, yang mempunyai kesan kelar di pergelangan tangan, segera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan keadaannya dilaporkan stabil.

Raja Azman ditahan reman di penjara tersebut sejak 19 Mei tahun lalu selepas gagal membayar ikatjamin. Dia menghadapi empat tuduhan pecah rumah dan curi.

innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = "";

Siva berkata, Raja Azman kini sudah pulih selepas menjalani proses pembuangan bilah mata pisau cukur itu Sabtu lalu.

Raja Petra sebelum ini mendakwa anak keduanya itu cenderung mencederakan diri sendiri kerana didera kakitangan penjara dari segi mental dan fizikal.

[Berita lanjut menyusul]

ADS