Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah tetapkan 12 Mac bagi Ramli Yusuff
Diterbitkan:  Feb 25, 2010 6:54 PM
Dikemaskini: 12:07 PM

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 12 Mac untuk membuat keputusan kes bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff yang menghadapi dua pertuduhan gagal mengisytiharkan pemilikan saham dan kepentingan dalam dua hartanah bernilai lebih RM1 juta.

ramli yusuff Hakim M Gunalan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa dan peguam yang mewakili Ramli ( kanan ), Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

Sebanyak 35 saksi pendakwaan memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes itu termasuk dua adik Ramli, Roslina dan Rohmah.

Rakan Ramli, Datuk Ling Keak Ming, yang membantu dua adik perempuan bekas pegawai kanan polis itu memperoleh dua lot kedai di Jalan Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur turut memberikan keterangan.

Ramli, 57, dituduh gagal mengisytiharkan pemilikan 20,000 unit saham Telekom Malaysia Berhad, 154,000 unit saham Permaju Industries Berhad dan kepentingan dalam dua lot pejabat itu bernilai RM1,032,840.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Timbalan Pendakwa Raya BPR di Putrajaya pada 17 Sept, 2007.

- Bernama

   


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS