Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Umno tak perlu ke Sarawak
Diterbitkan:  Mar 2, 2010 3:26 PM
Dikemaskini: 10:32 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata UMNO tidak perlu mengembangkan sayapnya ke Sarawak selagi parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri terus mendapat sokongan padu rakyat.

NONE Selagi parti tunggak komponen BN negeri disokong oleh rakyat dan menunaikan janji kepada rakyat, UMNO tidak akan wujud di Sarawak, kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan agung ke-12 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching hari ini.

Sehubungan itu, katanya beliau beranggapan kejayaan pilihan raya negeri Sarawak akan datang akan menjadi kayu pengukur kepada  kebangkitan BN setelah mengalami pengalaman yang pahit pada pilihan raya umum 2008.

Najib yang juga pengerusi BN dan presiden UMNO berkata ini kerana mengikut jadual, pilihan raya negeri Sarawak dijangka diadakan lebih awal daripada pilihan raya umum berikutan tempoh mandatnya akan tamat pada Julai tahun depan.

"Sebab itu perhimpunan PBB hari ini begitu penting sekali kerana pemimpin PBB di semua peringkat, terutamanya di peringkat akar umbi yang datang ramai, menunjukkan bahawa PBB bersedia untuk berjuang sehingga kita (BN) mencapai kejayaan yang besar," katanya yang menyifatkan PBB sebagai rakan setia BN dalam senang dan susah yang berjalan seiring dengan Umno dan BN.

    

najib announce gdp 240210 02 "Mari kita buktikan BN tetap relevan untuk sepanjang masa dengan kemenangan yang besar pada pilihan raya nanti dan tidak ada parti lain yang dapat mampu menyedia alternatif kepada BN," katanya.

Najib ( kanan ) berkata kesetiaan PBB kepada BN telah terbukti selain dapat menyakinkan rakyat untuk menyokongnya dan BN dan menurutnya hubungan rapat itu perlu dimantapkan lagi.

Sementara jalinan akrab di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah cara terbaik daripada segi komitmen untuk menyalurkan peruntukan pusat yang akan menguntungkan rakyat jelata, kata Perdana Menteri.

"Apa yang baik bagi Sarawak dan Malaysia, kita akan berjuang bersama. Inilah persefahaman yang dapat melonjak Sarawak ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Katanya perhimpunan PBB kali ini dengan berbekalkan semangat luar biasa, adalah yang terakhir disertai oleh perwakilan dan pemerhati PBB sebelum pilihan raya negeri nanti.

taib and rahman yaakub hugging happy 110108 Presiden PBB Tan Sri Abdul Taib Mahmud ( kiri, berbaju batik kuning ) pula berkata memperjuangkan nasib rakyat tetap menjadi keutamaan dalam  perjuangan parti yang telah diberi kuasa dan mandat oleh rakyat.

"Apa guna mempunyai sebuah parti yang berkuasa tetapi gagal memperjuangkan nasib rakyat sehingga mereka berasa kecewa kepada parti," katanya.

Taib yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata pembangkang hanya mahu merebut  kuasa dan bukan menjadikan kuasa yang ada untuk membela rakyat.

Beliau berkata rakyat Sarawak telah lama menolak cara politik pembangkang itu yang diibaratkan  seperti "katak" kerana tidak mempunyai cara politik yang konsisten.

- Bernama

   

ADS