Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tindakan kerajaan memberikan permit akhbar kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) merupakan satu tindakan terpilih yang membelakangkan undang-undang, kata ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin.

shamsul iskandar Katanya, PKR sendiri terpaksa menunggu sehingga sembilan tahun sebelum diberikan permit untuk menerbitkan akhbar mereka 'Suara Keadilan'.

"Tapi PERKASA dalam tempoh setahun lebih sudah boleh mendapat permit," katanya ketika diminta mengulas satu laporan mengenai kelulusan kepada pertubuhan itu untuk menerbitkan 'Suara Perkasa'.

NONE Pertubuhan yang diterajui oleh ahli parlimen Pasir MAS, Datuk Ibrahim Ali itu sering mendapat liputan media berhubung kenyataannya membela hak orang Melayu dan Islam.

Namun Shamsul Iskandar berpendapat, kelulusan yang diberikan kepada PERKASA itu memberi gambaran yang negatif ke atas kesungguhan kerajaan dalam menjamin kebebasan media di negara ini.

umno 2009 59th agm 240309 free utusan newspaper Tambahnya, pelbagai sekatan telah diperkenalkan bagi menghalang penerbitan akhbar-akhbar pro-pembangkang sebelum ini.

"Kerajaan juga mengehadkan permit penerbitan kepada Harakah (lidah rasmi PAS) kepada mingguan sahaja dan akhbar tersebut pernah dirampas sebelum ini," katanya.

Katanya lagi, tindakan serupa juga pernah dialami akhbar pro-pembangkang yang lain termasuk Siasah dan Era Pakatan.

"Ini juga memberi kesan pandangan negatif ke atas proses demokrasi di Malaysia. Malaysia masih lagi memperkudakan institusi kerajaan dalam urusan memberi kelulusan permit kepada pihak yang menyokongnya," katanya.

Menurutnya lagi ini menunjukkan kerajaan mempunyai motif politik apabila bertindak demikian.

ADS