Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita engkar arahan ketua tangguh AGM
Diterbitkan:  Mar 6, 2010 11:22 AM
Dikemaskini: 5:55 AM

Mesyuarat agung tahunan (AGM) Wanita MCA sedang berlangsung di Wisma MCA pagi ini di sebalik arahan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun supaya mesyuarat itu ditangguhkan.

mca wanita agm 060310 hall Terdahulu, speaker mesyuarat itu, Ooi Siew Kim mengumumkan AGM ditangguhkan dan keluar dari Dewan San Choon lima minit selepas mesyuarat bermula kira-kira 9 pagi.

Beliau memberitahu para perwakilan yang beliau telah menerima surat arahan daripada Chew tengah malam semalam supaya menangguhkan AGM.

Disebalik pengumuman oleh Ooi, kira-kira 350 perwakilan Wanita tetap tidak berganjak dari dewan.

Para perwakilan kemudian melantik Ketua Wanita Kelana Jaya Ong Chong Swen sebagai speaker yang baru pada 9.15 pagi, yang kemudian mempengerusikan mesyuarat itu.

mca wanita aggm 060310 02 arguing Semalam, Majlis Eksekutif Wanita memutuskan untuk menangguhkan AGM ekoran tindakan 21 anggota jawatankuasa pusat (CC) meletakkan jawatan bagi memberi laluan bagi pemilihan baru parti.

Perkara 36, perlembagaan parti menetapkan AGM adalah sah sekiranya mempunyai  

 kuorum minimum 200 perwakilan.

Ketika AGM itu berlangsung, Chew mengadakan sidang akhbar di sebuah restoran berdekatan.

- Bernama   

 

ADS