Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nala dakwa terima ugutan bunuh
Diterbitkan:  Mar 7, 2010 9:48 AM
Dikemaskini: 9:13 AM

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S.Nalakaruppan membuat laporan polis mendakwa beliau menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang dikenali.

Nalakaruppan yang ditemani bekas setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor Nazmi Rosli membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada kira-kira pukul 9 malam ini.

    

"Saya terima panggilan pertama (melalui telefon bimbit) semalam pada pukul 5 pagi tetapi saya tidak mengangkatnya. Pada pukul 12.30 tengah hari saya terima panggilan yang sama...saya angkat dengar suara orang marah-marah dan saya terus mematikanpanggilan itu.

    

"Dia ugut saya dengan keluarga saya. Dia cakap akan hantar peluru ke rumah saya dan akan bunuh saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di sini.

    

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

- Bernama

ADS