Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Usaha mengangkat perjuangan Melayu melalui Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) bukanlah satu usaha perkauman, malah perlu, untuk memastikan pembahagian ekonomi negara yang setara, kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim berkata demikian bagi mempertahankan pendiriannya sebelum ini yang menyeret beliau ke kancah konflik kerana mengambil sisi perkauman.

NONE Becakap dalam satu wawancara d engan Malaysiakini minggu lalu, beliau membidas kerajaan yang memberikan perlindungan yang besar kepada kaum pemodal bukan Melayu dan pada masa sama menarik bantuan dan subsidi kepada kaum Melayu dan Bumiputera.

Ahli parlimen bebas Pasir Mas itu juga berkata usaha ini akan dibawa melalui Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) yang dianjurkan pertubuhan ini - meliputi 76 buah pertubuhan Melayu dan Islam dalam negara, katanya lagi.

Tambahnya, usaha ini perlu digembleng memandangkan negara dilihat semakin cenderung mengamalkan dasar pasaran terbuka yang dikhuatiri akan menjejaskan persaingan di kalangan golongan itu.

Ibrahim berkata, beliau khuatir konflik antara kaum mungkin tercetus sekiranya negara terus memberi perlindungan kepada golongan pemodal yang terdiri daripada kaum minoriti, sedangkan bantuan kepada golongan majoriti dinafikan.

Apakah pendirian PERKASA dalam cadangan Model Ekonomi Baru yang akan diumumkan perdana menteri?

Pada kita ia tidak mempunyai apa-apa makna dan dan ia amat bahaya sebab kalau semata-mata 'market driven', (sekiranya) semua (modal) berada di kalangan syarikat-syarikat besar yang gagah dan dominan.

Sebab itu PERKASA kita mencadangkan 'market driven with affirmative action'. Maksudnya pasaran terbuka tetapi diikat dengan tindakan kesungguha n.

Adakah ini melalui pengenalan semula Dasar Ekonomi Baru?

Ini bukan pengenalan semula DEB, ini kita kira paling penting kerana perlu ada affirmative action dan equitable distribution. Maknanya pembahagian kekayaan yang adil di kalangan rakyat.  

Bagaimana pasaran bebas ini akan membahayakan kepentingan Melayu?

Memang, dia bukan sahaja membahayakan Orang Melayu (malah) membahayakan g olongan-golongan yang tidak berada, akan ditindas.

Saya nak berkongsi pendapat, cuba rujuk buku Prof Amy Chua, seorang profesor di Universiti Yale, Amerika Syarikat. Beliau seorang perempuan Cina dan agak terkemuka.

Dia menulis buku World On Fire. Dia mengatakan kalau ekonomi ini didominasi oleh pasaran bebas, di mana golongan kecil mendominasi golongan yang lebih besar, ini amat bahaya kepada sesebuah negara.  

Ia akan menimbulkan kesan ketidakstabilan politik dan huru-hara kepada sesebuah negara. Beliau memberi contoh apa yang berlaku di negara-negara Asia tenggara.  

Kita tengok bagaimana orang Filipina membakar kedai milik orang Cina di Filipina. Kita tengok bagaimana orang Afrika Selatan membakar kedai orang India di negara itu. Begitu juga di Indonesia.  

Apakah yang dicadangkan oleh PERKASA bagi mengatasi keadaan ini?

Golongan minoriti ini mendominasi golongan yang lebih besar melalui pasaran terbuka. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, ia juga perlu disusuli dengan affirmativ e action.

Dulu kita ada tindakan ini melalui Dasar Ekonomi Baru. Ini pada PERKASA, mesti diteruskan selagi mana berlaku ketidakadilan dari segi pembahagian kekayaan negara.  

Kita tengok kekayaan negara sekarang ini dikuasai 60 peratus lebih oleh golongan Cina manakala Bumiputera masih lagi ketinggalan jauh, tak sampai pun 20 peratus, malah makin menurun.

Sebab itu kita katakan affirmative action ini perlu diteruskan cuma perlu dikenal pasti instrumen-instrumen berbeza daripada dulu.  

Ini akan dibincangkan oleh pakar-pakar ekonomi dalam sidang meja bulat nanti. Yang akan diumumkan perdana menteri dan Model Ekonomi Baru itu cuma kenyataan dasar sahaja dahulu, belum lagi pelaksanaannya yang terperinci yang akan diumumkan pada Oktober.

Jadi kita masih ada masa untuk mengenal pasti instrumen yang kita boleh cadang, apa instrumen yang boleh dilakukan kerajaan.

Apa perlunya tindakan seperti ini diambil sekarang?

Ini penting kerana akhir-akhir ini kita memang ada perbezaan pendapat dengan beberapa pihak.

Saya telah diserang oleh MCA, yang disiarkan oleh Malaysiakini mengenai kenyataan saya di Kluang. Saya mengatakan kerajaan harus berhati-hati (dalam) memberi projek-projek besar kepada tokoh-tokoh korporat Cina.  

Saya mengatakan demikian sebab saya nak rujuk seminar model ekonomi baru anjuran Dewan Pe rniagaan Cina Malaysia yang disiarkan (akhbar) The New Straits Times pada 9 Februari 2010.

Pengarah urusan YTL Group Tan Sri Francis Yeoh berkata: 'There should be brutal competition for Malaysian business environment to thrive. The country could no longer have a little brother mentality where businesses are protected by the government. It has lured us into an economic model that could not be sustained.'

Maknanya dia menganjurkan satu bentuk persaingan brutal iaitu, siapa kuat dia menang. Ini cadangan Francis Yeoh. Maknanya pada dia, kerajaan kena mengenepikan segala bentuk pertolongan dan mengenepikan apa jua bentuk subsidi.

NONE Jadi saya berpendapat ini kenyataan yang tidak betul dan amat tidak insaf, kenyataan sombong dan bongkak sebab pada saya Francis Yeoh dan Kumpulan YTL itu sendiri berjaya kerana apa?  

Bukankah dia sendiri mendapat faedah yang besar daripada kerajaan? Contohnya beliau telah menjual (elektrik daripada) penjana tenaga bebas (IPP) kepada TNB (Tenaga Nasional Berhad) dengan harga yang penuh kontroversi.  

Kemudian dia dapat lagi berbagai kemudahan dengan kerajaan. Bukankah ini yang dinamakan pertolongan, ini lebih daripada subsidi.

Bagaimana keadaan ini membentuk ketidaksamarataan ekonomi?

Ini juga satu affirmative action tetapi kepada tauke-tauke besar sahaja. Sebab itu kita tengok bagaimana Robert Kuok boleh jadi billionaire sebab dia monopoli gula. Kita tengok Vincent Tan bagaiamana dia boleh berjaya, sebab dia ambil alih penswastaan Berjaya Sports Toto. Kumpulan Genting berjaya kerana monopoli lesen judi.  

Kita tengok Ananda Krishnan berjaya kerana monopoli (melalui) Astro dan mendapat hak Maxis.  

Kalau kita tengok apa yang mereka dapat bukankah ini satu pertolongan dan ini juga satu affirmative action tapi untuk tauke-tauke Cina.

Yang saya katakan, apa yang mereka dapat, jika dibandingkan dengan orang Melayu? Kontrak yang diagihkan kepada orang Melayu ini (bernilai) berapa sen sahaja (jika) dibandingkan dengan apa yang mereka dapat?

Esok: Saya bukan rasis

 

 

ADS