Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kontrak KSN disambung sehingga Jun 2011
Diterbitkan:  Mar 11, 2010 1:47 PM
Dikemaskini: 5:50 AM

Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) secara kontrak selama setahun mulai 24 Jun ini hingga 23 Jun 2011, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan hari ini.

NONE Pelantikan semula Mohd Sidek, 58, telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin atas kepentingan negara, kata kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya.

"Perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan terutama dalam meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu Mohd Sidek dilantik sebagai KSN pada 3 Sept 2006 sehingga bersara wajib pada 23 Jun 2007 kerana mencapai umur 56 tahun pada tarikh berkenaan.

Seterusnya beliau dilantik semula secara kontrak sebagai KSN untuk tempoh dua tahun mulai 24 Jun 2007 hingga 23 Jun 2009.

Perkhidmatan beliau kemudian dilanjutkan lagi untuk tempoh setahun mulai 24 Jun 2009 hingga 23 Jun 2010.

ADS