Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tarif air wajar berasaskan kualiti
Diterbitkan:  Mar 11, 2010 4:59 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam) hari ini menggesa syarikat pembekal air agar menstrukturkan tarif masing-masing berasaskan kualiti air yang dibekal.

NONE "Air yang kotor dan berlumpur tidak patut dikenakan bayaran kerana ia terbuang dan tidak dapat digunakan pengguna," kata setiausaha agung persatuan itu, S Piarapakaran di Petaling Jaya.

Beliau berkata sejak kebelakangan ini pengguna kerugian kerana kualiti air semakin merosot sedangkan tarif pula meningkat.

"Amalan ini amat tidak adil dan patut dihentikan segera," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri yang bertanggungjawab membekalkan air mentah juga wajar mengambil langkah memastikan kawasan tadahan air dan sungai terhindar daripada pencemaran kerana situasi itu boleh menjejaskan kualiti air.

Bagi pihak pengguna pula mereka harus berwaspada dan melaporkan sebarang pencemaran serta menuntut hak untuk mendapat nilai bagi wang mereka.

Beliau menggesa pengguna agar bersatu dan menggunakan hak mereka serta tidak membayar bil yang dikenakan jika mereka masih terus dibekalkan dengan air kotor atau berlumpur.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS