• Jakim nafi campurtangan banci sebatan syarie
  • Hazlan Zakaria
  • 1268381539
  • Seorang pegawai Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (Jakim) yang tidak mahu dikenali, hari ini, menafikan agensi kerajaan itu mengubah-suai bancian berhubung sebatan syarie yang dijalankan menerusi laman sesawangnya.

    NONESejak seminggu lalu, Jakim mengajukan bancian yang berbunyi, “Wajarkah lelaki & wanita muslim yang melakukan kesalahan minum arak & persetubuhan luar nikah dikenakan hukuman sebatan mengikut peruntukan undang-undang jenayah syariah.”

    Pembaca diberikan dua pilihan - 'Wajar' dan 'Tidak Wajar'.

    Mengikut undang-undang syariah, lelaki dan wanita yang terbabit melakukan seks di antara pasangan bukan muhrim dan meminum arak harus dikenakan sebatan syarie.

    Setakat ini, bancian menunjukkan rakyat berbelah-bahagi mengenai NONEisu berkenaan.

    Namun, beberapa pihak mendakwa ada campur tangan daripada pihak atasan agar kumpulan yang memilih 'Wajar' mengatasi 'Tidak Wajar'.

    Setakat jam 12.37pm hari ini 3,871 menjawab 'Wajar', manakala 3,522 mengundi 'Tidak Wajar'.

    [Baca berita penuh]

    • KDN anggap rencana 'ancam ketenteraman awam'
    • Pesalah syariah insaf selepas dirotan
    • Seks haram: Hentikan 'wabak' merotan
    • Hukuman rotan syariah tidak melukakan
    • Mufti: Sepatutnya dirotan 80 sebatan