Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kabinet teliti Rang Undang-Undang ISA Jumaat ini
Diterbitkan:  Mar 15, 2010 5:55 PM
Dikemaskini: 10:00 AM

Cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan diteliti oleh Kabinet pada Jumaat ini sebelum boleh dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

hindraf supporters kamunting prison protest 280408 11 Beliau berkata walaupun draf rang undang-undang itu telah siap ia mesti terlebih dahulu diserah kepada Kabinet untuk diluluskan.

"Saya berharap pindaan ISA dapat dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, namun jika tidak dapat dilakukan kita akan kembali kepada masyarakat untuk dapatkan lebih banyak pandangan mengenainya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di Kuala Lumpur hari ini.

"Tidak ada gunanya jika rang undang-undang itu dibentangkan pada sesi kali ini kalau orang ramai tidak gembira dengan cadangan pindaan yang hendak dilakukan," katanya.

NONE Cadangan pindaan itu meliputi lima isu iaitu kuasa Menteri Dalam Negeri, tempoh penahanan, hak dan layanan ke atas tahanan, tanggapan orang ramai bahawa ISA disalahguna untuk tujuan politik, dan penahanan tanpa perbicaraan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS