Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Namewee mohon geran k'jaan keluar filem 1M'sia
Diterbitkan:  Mar 16, 2010 7:51 PM
Dikemaskini: Mar 17, 2010 1:48 AM

Artis Namewee yang pernah dilanda kontroversi melalui klip video 'Negarakuku' kini bercadang untuk memohon geran kerajaan bagi membiayai satu filem berkonsepkan '1Malaysia.'

namewee pc 160310 03 Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee berkata beliau layak untuk mendapatkan geran berkenaan, yang diumumkan kerajaan melalui dana pembangunan industri kreatif berjumlah RM200 juta yang diumumkan dalam Bajet 2010.

"Saya ingin terlibat dalam kempen khas ini menggunakan cara sendiri untuk menampilkan konsep 1Malaysia, dan saya percaya gaya saya telah terbukti diterima dengan baik oleh generasi muda Malaysia.

"Saya berharap untuk dapat menyampaikan mesej 1Malaysia kepada mereka melalui filem saya," kata Namewee dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, beliau berhak mendapat bantuan berkenaan, seperti juga rakyat Malaysia lain yang rajin berusaha dan beliau juga telah menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan berkenaan.

"Kebanyakan daripada kawan-kawan penerbit filem (berbangsa) Cina memberitahu saya bahawa saya tidak akan mendapat sokongan kewangan itu.

"Tetapi saya mahu mereka mengetahui bahawa (kita) semua adalah rakyat 1Malaysia, dan tanpa mengira bangsa saya Melayu, India atau Cina, saya berhak menerima sokongan daripada kerajaan sama seperti mana-mana rakyat Malaysia rajin yang lain," katanya.

Menurutnya, beliau telahpun menyiapkan skrip filem 1Malaysia - filem pertama arahannya - yang dicadang ditayang pada tahun ini.

Tambahnya, beliau akan mengumumkan perkembangan permohonannya itu melalui video di laman Youtube .

"Saya mempunyai harapan yang tinggi terhadap kerajaan, jadi saya berharap mereka tidak akan mengecewakan saya," kata Namewee.

 

ADS