• Ibu bapa bergaji bawah RM1,500 dapat wang ehsan
  • 1268811718
  • Ibu bapa murid sekolah rendah dan menengah di Kelantan yang berpendapatan antara RM1,000 hingga RM1,500 layak menerima pengagihan wang ehsan yang akan dibahagikan mulai awal April depan.

    Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustapha berkata, selain itu, ibu bapa yang sudah menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) juga boleh dipertimbangkan.

    "Mereka mungkin akan moil world market 141008 04enerima dua kali bantuan dalam setahun bagi meringankan beban saraan anak sekolah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Machang, hari ini.

    Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan lebih RM20 juta wang ehsan kepada Kelantan hasil perolehan gerudi minyak oleh Petronas di luar perairan Kelantan.

    Ahad lepas, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, wang berkenaan antara lain akan diagihkan kepada pelajar miskin dan mereka yang ditimpa bencana alam seperti mangsa ribut, kebakaran serta kemalangan serius.

    - Bernama
    • Ikrar agih secara telus
    • Awang Adek ketuai JK agih wang
    • Agihan wang ehsan, Kelantan tak ambil peduli
    • Wang ehsan: Tawaran pada Kelantan masih terbuka
    • Kelantan dapat RM20 juta wang ehsan Mac ini
    • Wang ehsan pasti sampai sasaran: Awang
    • DPMM mahu Kelantan urus wang ehsan
    • K'tan timbang tolak p'janjian Petronas
    • K'tan dapat wang ehsan minyak