Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RM37 juta untuk selesaikan setinggan Kuala Sepetang

Perang mulut antara kerajaan negeri Perak dan Perbadanan Pengurusan Aset Kereta Api (RAC) berhubung tuntutan harga RM37 juta untuk tanah keretapi seluas 94.5 hektar di Kuala Sepetang berhampiran Taiping masih tidak ada kesudahan.

bukit gantang election day heavy rain 070409 01 Kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Bukit gantang tahun lalu, berjanji akan memberikan geran individu kepada 643 keluarga setinggan di situ jika mereka menang.

Bagaiamanapun, BN gagal merampas kerusi itu yang dipertahankan oleh menteri besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Di sebalik kegagalan itu, menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir cuba memenuhi janji BN itu untuk memberikan hak milik tanah kepada keluarga setinggan yang kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Cina.

NONE Bagaimanapun Zambry berpendapat harga RM37 juta untuk tanah jalan keretapi yang dituntut oleh RAC adalah keterlaluan.

Beliau sebelum ini pernah meminta RAC yang merupakan anak syarikat Kementerian Pengangkutan untuk mengurangkan harga berkenaan kerana tanah berkenaan bukan untuk tujuan komersial tetapi sebaliknya akan digazetkan semula untuk kediaman.

Namun, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ing Tee Keat dilaporkan berkata tanah itu mesti dijual pada harga pasaran berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Seksyen 85 (3) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana tanah yang disimpan khas untuk kegunaan persekutuan, Kerajaan Persekutuan boleh melepaskan tanah berkenaan kepada Negeri dengan syarat Negeri membayar kepada Persekutuan pada harga pasaran.

Menurut Tee Keat, kementeriannya mengikut harga yang ditetapkan oleh Pejabat Peguam Negara.

Beliau juga mencadangkan kementeriannya, kerajaan negeri dan pejabat AG supaya berunding bagi mencari jalan penyelesaian.

Pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat exco, wartawan Utusan Malaysia bertanyakan kepada Zambry berhubung dakwaan bahawa KTM tidak menghantar surat tuntutan RM37 juta untuk tanah di Kuala Sepetang itu.

zambry abdul kadir interview 200409 01 Zambry yang berang itu berkata: ”Ya, kami menerima surat RAC - minta mereka semak dengan rekod - salah siapa, saya tidak tahu. Adakah anda bermaksud terdapat dua pentadbiran di KTM yang mengeluarkan kenyataan yang berbeza.”

“Kenapa pejabat AG perlu diheret dalam isu ini?” soalnya.

Kebanyakan penduduk yang tinggal di tanah berkenaan yang sebelum itu dibina landasan kereta api menghubungkan Port Weld (kini Kuala Sepetang) dengan bandar Taiping bekerja sebagai nelayan.

Ada antara penduduk yang menghuni tanah tersebut selama empat generasi dan membayar sewa tahunan kepada KTMB dan RAC.

[Baca berita penuh]

ADS