Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibrahim Ali mahu saman The Sun
Diterbitkan:  Mar 18, 2010 1:25 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata beliau telah meminta peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Inggeris, The Sun.

Katanya, ini ekoran laporan akhbar harian itu yang didakwa menuduhnya dan PERKASA mengeluarkan kad jemputan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertubuhan itu pada 27 Mac ini, dengan menyebut ia akan dirasmikan oleh Sultan Selangor tanpa sebarang kebenaran baginda dan pihak istana.

Katanya, ia juga ekoran satu lagi laporan dalam akhbar yang sama, yang mendakwa baginda telah menasihatkan Ibrahim supaya jangan bersikap melampau.

AGM PERKASA akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Menurut Ibrahim, beliau mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap The Sun untuk mempertahankan imej dan kredibilitinya.

Beliau juga bercadang untuk membawa perkara itu kepada PERKASA sekiranya pertubuhan itu juga akan turut menyertainya dalam saman tersebut.

Dalam laporan tersebut, The Sun memetik sumber-sumber yang menyatakan bahawa Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah tidak komited sama ada baginda akan merasmikan AGM PERKASA selepas menerima mengadap Ibrahim selama 40 minit di Istana Mastika pada hari Selasa.

[Baca berita penuh]

ADS