• Tee Keat tiada masalah Ka Ting tanding Presiden MCA
  • 1268902838
  • Keputusan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting untuk bertanding dalam pemilihan semula MCA 28 Mac ini tidak membawa masalah kepada penyandangnya Datuk Seri Ong Tee Keat.

    ong ka ting mca general assembly 280806Malah Tee Keat berkata mereka berdua mempunyai hubungan yang baik dalam satu pertemuan sehari sebelum Ka Ting mengumumkan keputusannya untuk menentang beliau pada pemilihan itu.

    "Saya ada berjumpa dengan beliau (Ka Ting) sebelum pengumuman itu dan kami mempunyai komunikasi yang baik berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

    Ditanya pemberita apakah beliau bersedia menghadapi pertandingan itu, Tee Keat berkata tiada strategi istimewa bagi memancing undi pada pemilihan parti itu nanti.

    Katanya pada masa ini beliau tidak mempunyai masa untuk tujuan tersebut dan akan lebih menumpukan perhatian kepada kerja-kerja di kementeriannya.

    "Saya perlu bagi tumpuan pada kerja-kerja di pejabat sebab nanti orang pertikai dan kata saya tak buat kerja pula," katanya.

    Tee Keat yang turut ditanya tentang sikap beliau yang dikatakan berpura-pura
    jatuh sakit untuk meraih simpati anggota parti menjawab: "Saya tak boleh nak kawal apa yang orang nak cakap."

    - Bernama
    • Presiden: Siapa akan tentang Tee Keat?
    • Permohonan Ong halang Tiong pada 27 April
    • MCA bermesyuarat dalam krisis
    • Kabinet tegur Ong kerana campuri urusan kementerian lain