Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ramai tanding rumitkan keadaan
Diterbitkan:  Mar 18, 2010 6:36 PM
Dikemaskini: 10:39 AM

Datuk Seri Kong Cho Ha menyifatkan calon yang semakin ramai bagi merebut jawatan Presiden MCA akan hanya merumitkan lagi keadaan di dalam parti terbesar bagi kaum Cina itu.

NONE Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Naib Presiden MCA itu bagaimanapun berkata, setiap anggota jawatankuasa pusat parti berhak untuk bertanding sebarang jawatan pilihan mereka.

Datuk Seri Kong Cho Ha ( kiri ) menyifatkan calon yang semakin ramai bagi merebut jawatan Presiden MCA akan hanya merumitkan lagi keadaan di dalam parti terbesar bagi kaum Cina itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Naib Presiden MCA itu bagaimanapun berkata, setiap anggota jawatankuasa pusat parti berhak untuk bertanding sebarang jawatan pilihan mereka.

"Lagi ramai yang bertanding akan merumitkan keadaan," katanya kepada pemberita ketika ditanya tentang pengumuman bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting, untuk bertanding merebut jawatan lamanya itu pada pemilihan parti 28 Mac ini.

Kong berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kompleks pengangkutan awam serta menyerahkan geran tahunan serta sumbangan membantu kadar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Johor di Pontian hari ini.

ong ka ting Selain Ka Ting ( kanan ), Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, turut mengumumkan hasratnya untuk mempertahankan jawatannnya itu manakala bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek, pula dijangka akan mengumumkan keputusannya tidak lama lagi.

Ditanya jawatan yang akan ditandinginya, Kong berkata beliau akan mengumumkan keputusannya tidak lama lagi tetapi mengambil sikap terbuka.

"Saya akan membuat pengumuman tidak lama lagi. Saya belum lagi membuat keputusan. Saya tidak menidakkan apa-apa," katanya kepada pemberita.

Penganalisis politik MCA meramalkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu akan bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Mengenai regu atau pasangan pilihannya di dalam pemilihan MCA itu, Kong berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja dengan sesiapa saja untuk kebaikan MCA.

"Anggota jawatankuasa perwakilan parti mengenali saya sebagai seorang pemimpin yang tidak kontroversi dan tidak suka memburuk-burukkan sesiapa. Perwakilan tahu cara saya," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS