Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan polis kes 'samar speaker'
Diterbitkan:  Mar 19, 2010 5:27 PM
Dikemaskini: 9:41 AM

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk R Ganesan hari ini membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V Sivakumar kerana menyamar sebagai speaker.

NONE Ganesan ( kanan ) berkata, tindakan Sivakumar menggunakan kepala surat rasmi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak bagi menghantar notis persidangan DUN pada 30 Mac ini adalah satu bentuk jenayah penyamaran.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh tengah hari ini, beliau berkata, Sivakumar telah dilucutkan jawatan sebagai Speaker pada 7 Mei 2009 melalui ketetapan DUN dan keputusan itu juga telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh sebagai satu prosiding Dewan.

"Mahkamah Tinggi Ipoh pada 8 September 2009 kemudiannya memutuskan bahawa pelucutan jawatan Sivakumar sebagai Yang DiPertua Dewan Negeri adalah sah dan mengesahkan pelantikan saya sebagai Tuan Yang DiPertua Dewan Negeri Perak baru,” katanya.

perak state assembly chaos in the assmbly between speakers and state reps 070509 06 Beliau berkata, tindakan Sivakumar menyamar sebagai Speakar itu juga berupa satu tindakan menghina mahkamah.

"Saya membuat laporan ini demi menjaga integriti Dewan Undangan Negeri yang mulia di mana satu tindakan perlu diambil terhadap Ahli Yang Berhormat yang telah bertindak di luar batasan undang-undang negara dengan bertindak sesuka hati menyamar sebagai Tuan Yang DiPertua dan menghina keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS