Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Altantuya: Zul dakwa diminta kaitkan PM, Rosmah
Diterbitkan:  Mar 24, 2010 3:22 PM
Dikemaskini: Mar 25, 2010 1:40 AM

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin mendakwa beliau pernah ditawarkan ganjaran untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ketika me NONE mbahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, wakil rakyat yang dipecat daripada PKR itu mendakwa dia ditawarkan sejumlah habuan yang besar untuk berbuat demikian.

"Antaranya saya diminta membuat akuan bersumpah Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes tersebut.

"Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya.

"Ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman. Namun Datuk Yang Dipertua saya bersyukur kerana Allah melindungi saya daripada terlibat dalam fitnah tersebut," kata Zulkifli.

Jelasnya, beliau juga menerima gangguan daripada "pihak ketiga" dalam usahanya untuk mewakili tertuduh dalam perbicaraan kes berkenaan.

gantang by election 020409 pkr altantuya prayer 03 Zulklifi ketika itu adalah peguambela bagi Cif Inspektor Azilah Hadri, seorang daripada tiga tertuduh dalam kes berkenaan, sebelum menarik diri.

"Sebab itulah saya menarik diri daripada meneruskan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan saya muystahil untuk bertindak secara profesional sebagai peguam membela kes tersebut," katanya lagi.

MP PKR yang dipecat itu juga cuba mencari jalan tengah berhubung dakwaan liwat yang dihadapi oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tarik balik tuduhan liwat

Zulklifi meminta supaya tuduhan liwat membabitkan wakil Permatang Pauh itu ditarik balik.

Katanya, fitnah terhadap Anwar dan juga Najib tidak sepatutnya dilakukan oleh orang Islam kerana agama menuntut umatnya bersangka baik.

NONE Mengulas tuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar, Zulkifli berkata tuduhan itu perlu dihentikan manakala prosiding qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat Anwar, perlu diteruskan di mahmakah Syarie.

"Saya mengambil pendirian kita tidak sepatutnya menuduh Permatang Pauh dengan tuduhan liwat bawah undang-undang sekular iaitu menurut seksyen 377B Kanun Keseksaan.

"Sebaliknya sebarang pertuduhan jika ada hendaklah dibawa menurut peruntukan hukum syarak, kita ada peruntukan bawah Skesyen 25 Akta ini. Jadi saya sokong ketua umum sebenarnya," katanya.

Tambahnya lagi, tindakan menggunakan undang-undang sekular dan menafikan hak Anwar juga merupakan satu penghinaan.

NONE "Ini juga satu penghinaan. Saya mendesak pertuduhan liwat ke atas Permatang Pauh di mahkamah sekular ditarik balik.

"Sebaliknya hendaklah diwakili dan dijalankan sepenuhnya menurut peruntukan syarie di mahkamah syarie yang ada bidang kuasa. Ini akan membolehkan Permatang Pauh mendapatkan haknya sebagai Orang Islam termasujk menggunakan pembelaan qazaf.,

"Bagi maksud itu saya juga mendesak prosiding qazaf yang sedang dibawa oleh Permatang Pauh di mahkamah syariah dibenarkan.

Katanya, beliau yakin mahkamah Syarie dapat mencapai keadilan dan mencari kebenaran bagi kedua-dua pihak.

ADS