Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, beliau berubah daripada seorang yang dilihat ‘radikal’ kepada ‘liberal’ disebabkan oleh tuntutan zaman dan kedudukannya sebagai ketua Pemuda BN.

“(Saya berubah) sebab sekarang saya ketua. Dulu saya ada kebebasan sedikit, jadi saya main ikut rentak rakan yang ada. Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) sebagai menteri lebih kepada pandangan nasionalis, demi negara. 

khairy jamaluddin kj interview 190310 “Saya lebih kepada orang muda yang datang daripada masyarakat Melayu. Tetapi sebagai ketua dan nakhoda saya kena jaga kapal Pemuda Umno dan BN,” kata Khairy ketika ditanya sebab ‘perubahannya’.

“Dulu saya naib ketua Pemuda Umno, sekarang ini saya pengerusi Pemuda BN. Jadi mestilah saya jaga (beri) pandangan yang boleh diterima semua.”

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu di pejabatnya di Bukit Damansara, Khairy juga mengulas projek barunya Makmal Pemuda BN (BN Youth Lab) bagi mengumpulkan pandangan pemuda berhubung pelbagai isu untuk disampaikan kepada kerajaan.

Katanya, Pemuda BN mengusahakan projek itu setelah diminta Datuk Seri Najib Razak sendiri hasil pertemuan pergerakan itu dengan perdana menteri kira-kira sebulan lalu.

Ditanya sama ada projek tersebut dilihat tidak selari dengan peranan seorang ketua Pemuda yang sepatutnya ke depan dengan kerja-kerja politik, Khairy berkata, zaman politik baru bukan untuk berpolitik sangat.

“Saya hendak bawa budaya baru dalam Umno berdasarkan penyampaian dan penyelesaian masalah, bukan semata-mata (bersandarkan) retorik  politik.

“Kami boleh buat retorik, saya tidak ada masalah. Tetapi takkanlah itu saja kerja Pemuda Umno? Kalau itulah kegiatan ruji Pemuda Umno orang gelak pada kita.”

ADS