Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: BN mampu menang jika calonnya tepat
Diterbitkan:  Mar 27, 2010 2:37 PM
Dikemaskini: 6:46 AM

Rakyat terutamanya pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor boleh membuat penilaian sendiri terhadap pencapaian parti  pembangkang di Selangor dan negeri-negeri lain yang ditadbir oleh pakatan pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

bagan pinang by election nomination 031009 muhyiddin yasin Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh membuat penilaian mereka berdasarkan kepada kelemahan yang berlaku di negeri-negeri tadbiran pembangkang serta siri pendedahan oleh bekas pemimpin pembangkang baru-baru ini.

"Rakyat boleh membuat penilaian mereka sendiri. Banyak fakta yang seharusnya boleh memberikan mereka isyarat tentang siapa yang seharusnya mereka pilih (pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor)," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Air Sedunia di Dataran Tanjung Emas di Muar hari ini.

Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk  Zainal Abidin Ahmad, 71, dari Parti Keadilan  Rakyat (PKR) dua hari lalu akibat barah otak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya kecil kawasan itu.

    

NONE Pada pilihan raya umum 2008, Zainal Abidin menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Muhyiddin berkata sentimen rakyat pada ketika ini berlainan berbanding ketika 2008, berikutan pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menurutnya, telah membawa banyak perubahan menerusi pelbagai program seperti Pelan Transformasi Kerajaan, konsep 1Malaysia, Model Ekonomi Baru selain suasana ekonomi negara yang lebih baik tahun ini.

Mengenai pemilihan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil itu dan permintaan daripada MIC supaya Palanivel dikekalkan sebagai calon parti, Muhyiddin berkata ia akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

"Kita serah kepada Perdana Menteri yang akan berbincang dengan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dan pemimpin tertinggi BN yang lain," kata Timbalan Presiden Umno itu.

    

pakatan kkb talks anwar and crowd Ditanya tentang komposisi pengundi Parlimen Hulu Selangor yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu, beliau berkata, BN mengamalkan konsep kerjasama dan muafakat yang telah lama dilaksanakan.

Apapun menurut Muhyiddin, faktor pemilihan calon yang tepat adalah amat penting bagi memastikan BN memperoleh kejayaan di dalam pilihan raya kecil itu.

Parti menurut beliau, meletakkan beberapa kriteria di dalam pemilihan calonnya termasuk dikenali oleh pengundi, mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan nama yang tidak tercemar.

Mengenai pemilihan MCA esok, Muhyiddin berharap, ia akan berjalan lancar dan anggota MCA dapat membuat keputusan yang betul.

"Kita berharap mereka akan dapat membuat keputusan yang betul, kerana mereka bukan sahaja akan memutuskan pemimpin MCA tetapi juga perlu membantu kerajaan dan mengukuhkan BN," katanya.

- Bernama

ADS