Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menuntut supaya wakil Machang Saifuddin Nasution dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menuduhnya mempunyai saham dalam syarikat judi.

NONE Ibrahim juga meminta speaker dewan menyiasat tuduhan tersebut yang didakwa dilakukan Saifuddin ketika perbahasan.

"Dalam hansard 23 Mac, dengan jelas sekali mukasurat 102 yang mana mengatakan... saya (didakwa) pemegang saham Vincent Tan. Ini tuduhan mengelirukan, tuduhan tidak benar dan fitnah sama sekali.”

Tambahnya, beliau telah meminta pandangan peguamnya berkenaan hal berkenaan.

"Jadi saya minta Yang di-Pertua membuat ruling . Saya minta siasat, jika tidak saya minta Machang dirujuk ke jawatankuasa khas," katanya lagi.

Timbalan speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau akan membuat keputusan berhubung perkara itu pada Rabu ini.

ADS