Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penjawat awam akan terus dihantar untuk menghadiri program Biro Tata Negara, kata menteri di jabatan perdana menteri Tan Sri Koh Tsu Koon ( bawah ).

Katanya NONE lagi, program berkenaaan juga telah diteliti oleh perdana menteri dan akan ditambahbaik jika terdapat sebarang kekurangan.

"Jadi tidak jadi isu penjawat awam hadiri BTN," katanya ketika menjawab soalan daripada ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng.

lim guan eng Lim dalam soalannya berkata, BTN tidak "seiras" dengan konsep 1Malaysia dan mendakwa pogram anjuran kerajaan itu "memecahbelahkan rakyat."

Dalam soalan tambahannya itu, Lim turut membangkitkan isu pengagihan saham kepada bumiputera sebanyak RM54 bilion sebelum ini, sedangkan baki saham yang masih dipegang golongan itu pada masa ini hanya bernilai RM2 bilion.

koh tsu koon 100907 Beliau juga meminta kerajaan menjelaskan sama ada satu suruhanjaya siasatan diraja akan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut.

Koh ( NONE kanan ) kemudiannya dalam jawapan ringkasnya berkata isu berkenaan akan ditangani melalui Model Ekonomi Baru dan juga melalui Ekuiti Nasional (Ekuinas), sebuah firma ekuiti swasta yang ditubuhkan kerajaan.

"Ia melibatkan isu ekonomi dalam pasaran ekonomi bebas. Jadi sekiranya berlaku perubahan dari segi pegurangan saham, ia (merupakan) satu proses yang berjalan.

"Ia akan mempengaruhi pemilikan mengikut kaum. Tapi ini akan terus ditangani melalui Ekuinas dan juga melalui Model Ekonomi Baru.”


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS