Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas suami M Indira Gandh, Mohd Ridzuan Abdullah hari ini gagal mendapat perintah penangguhan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang memberikan hak penjagaan anaknya yang berusia 22 bulan kepada wanita itu.

indra gandhi 170409 01 Beliau yang sebelum ini dikenali sebagai K Pathmanathan memfailkan permohonan itu pada 11 Mac lalu selepas hakim mahkamah tinggi, Wan Afrah Wan Ibrahim memutuskan hak penjagaan semua anak mereka kepada Indira Gandhi ( kiri ).

Peguam Indira Gandhi, M Kulasegaran, berkata hakim membuat keputusan berkenaan dalam kamar selepas mendapati tiada keistimewaan dalam permohonan yang dikemukakan oleh bekas suaminya.

Katanya mahkamah juga memerintahkan Mohd Ridzuan supaya segera menyerahkan Prasana Diksa atau Ummu Habibah, yang akan genap usia dua tahun Khamis depan, kepada guru tadika berusia 35 tahun itu.

Kulasegaran berkata sekiranya Mohd Ridzuan gagal menyerahkan anak itu maka dia akan memulakan prosiding menghina mahkamah yang memperuntukan hukuman penjara.

Anak sulung pasangan itu, Ummu Salamah, 13 dan anak kedua mereka, Abu Bakar, 12, kini tinggal bersama Indira di Ipoh.

Manakala anak bongsu mereka pula Ummu Habibah, tinggal, bersama Mohd Ridzuan di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan peguam Mohd Ridzuan, Mohammad Faizal Che Yusof, berkata pihaknya telah memfailkan rayuan penangguhan pelaksanaan kehakiman itu pada 11 Mac lalu dan sedang menunggu tarikh perbicaraan di Mahkamah Rayuan.

indira gandhi children custody case 110310 ipoh high court Pada 24 April 2009, mahkamah membenarkan permohonan ex-parte oleh Indira Gandhi, untuk mendapatkan hak penjagaan sementara tiga anaknya dan injunksi menghalang bekas suaminya itu daripada memasuki rumah mereka.

Bagaimanapun, pada 5 Mei 2009, mahkamah membenarkan permohonan Mohd Ridzuan ntuk menangguhkan perintah hak penjagaan sementara ketiga-tiga anak yang diperoleh Indira Gandi.

Pada 29 Oktober lalu pula, Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak itu kepada Mohd Ridzuan.

Indira Ghandi, ketika ditemui di luar mahkamah, berkata beliau masih menunggu bekas suaminya atau mana-mana pihak penjaganya menyerahkan anak bongsu mereka itu.

       

"Harapan saya adalah untuk berjumpa anak saya. Serahkanlah anak saya segera. Saya membuat persediaan untuk menyambut ulang tahun kelahirannya pada 8 April ini," katanya.

Kes itu mendapat perhatian ramai kerana wujud konflik antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam menentukan hak penjagaan anak selepas seorang pasangan memeluk Islam.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS