Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Speaker Dewan Rakyat hari ini berkata beliau telah menerima notis daripada menteri di jabatan perdana menteri untuk merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

pandikar amin Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau telah menerima notis  berkenaan pagi ini dan usul berkenaan akan dimasukkan ke dalam  peraturan mesyuarat Dewan Rakyat bagi 22 April.

"Notis telah saya terima dan saya persetujui supaya dimasukkan  dalam order paper ," katanya.

Usul itu dikemukakan di bawah peraturan 27(3), kata Pandikar Amin ketika menjawab pertanyaan daripada Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Anwa nazri abdul aziz r sebelum itu bangun dan meminta speaker menjelaskan sama ada telah menerima notis berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz  berkata beliau telah menyerahkan notis itu semalam.

Tarikh 22 Apri juga merupakan hari terakhir bagi sidang pertama,  penggal ketiga bagi sesi parlimen ke-12.

Anwar berhad azlan apan dengan tindakan dikenakan amaran ataupun  penggantungan daripada menghadiri sidang dewan, bergantung  kepada keputusan jawatankuasa itu.

Tindakan berkenaan berhubung dengan dakwaan ketua umum PKR itu yang 1Malaysia adalah diciplak daripada 'One Israel'

 

Apa-apa yang diluahkan oleh ahli parlimen ketika sidang Dewan Rakyat dilindungi oleh imuniti dan tiada tindakan yang boleh dikenakan, termasuk didakwa di mahkamah kecuali dihadapkan ke jawatankuasa khas itu.

ADS