Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Usaha merampas Selangor dari Pakatan Rakyat bermula dengan konvensyen Barisan Nasional di Shah Alam, hari ini.

"BN mesti kena menang (di Hulu Selangor)) kalau tidak menang, kita tidak boleh ambil Selangor selepas pilihan raya umum ke-13.

"Kita perlu meneruskan perjuangan kita terutama di Hulu Selangor. Ia bukan satu pekerjaan yang mudah kerana kita berhadapan dengan kerajaan negeri. Mereka akan menggunakan segala kemudahan," katanya Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

NONE Berucap di Konvensyen BN di Shah Alam, beliau memulakan serangan dengan mengulangi pelbagai skandal dan kontroversi yang menggoncang Pakatan.

Bermula dengan skandal seks Elizabeth Wong kepada kenyataan MB Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa mereka tidak memerlukan Model Ekonomi Baru, semua 1,500 hadirin terpukau dengan strategi baru itu.

"Isu Elizabeth Wong, dia nak letak jawatan, tetapi Ketua Muslimat PAS yang pakai tudung mempertahankannya. Orang nak telanjang, dipertahankan, tapi kita tak ambil tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menegur dan mengingatkan akar umbi BN yang tidak mengambil kesempatan terhadap isu-isu yang timbul sepanjang 2009.

Noh yang juga menteri pertanian dan indusri asas tani juga menjelaskan bahawa setiap bulan tahun itu, pelbagai isu telah timbul di Selangor.

Antara isu-isu yang berlaku sepanjang tahun tersebut, katanya, termasuk kematian Teoh Beng Hock, isu pembelian kereta Camry, penubuhan Selcat dan perbezaan pandangan antara exco Selangor Ronnie Liu dan pemimpin PAS berhubung isu arak. 

Bagaimanapun, fokus majlis ini adalah bagi mendapatkan sokongan berhubung pilihan raya kecil Hulu Selangor pada hujung bulan ini. Ini khususnya, kini parti-parti komponen dilaporkan cuba melobi kerusi berkenaan.

Secara tradisinya, Hulu Selangor diserahkan kepada MIC tetapi baru-baru ini akar umbi Umno dilaporkan tidak berpuas hati dan mahukan kerusi berkenaan.

NONE Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN dijadualkan menyampaikan ucapanya petang ini dengan tema 'BN Mampu Berubah, Sayangi elangor Yakini BN, Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13'. Hadir pada majlis ini adalah naib presiden MCA, Datuk Donald Lim dan presiden PPP, Datuk M Kayveas.

Sementara itu, Pengerusi Konvensyen BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata parti komponen BN di Selangor harus bergerak sebagai satu gerakan dalam usaha merampas semula kuasa dari Pakatan Rakyat.

"Kita perlu berusaha untuk menggerak dan mengubah persepsi rakyat agar meyakini BN. Kita mesti ada usaha dan ia bukan satu lampu ajaib. Kita tidak boleh bergantung dengan sentimen untuk berkuasa di Selangor.

'Kita mesti berusaha untuk mengubah persepsi (rakyat) dari segi pengurusan dan kepimpinan. Tingkah laku kita juga akan dinilai dan diteliti supaya mereka yakin kepada kita," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS