Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kedua-dua BN dan pembangkang hari ini berusaha sedaya upaya masing-masing untuk merujuk wakil seteru mereka ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

NONE Petang ini, seorang lagi wakil pembangkang Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dirujuk ke jawatankuasa bekenaan.

Keputusan dibuat melalui undian suara kata timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Keputusan itu bagaimanapun menerima bantahan keras daripada wakil-wakil pembangkang, termasuk Mahfuz sendiri yang meminta penjelasan timbalan speaker berhubung keputusan berkenaan.

Usul untuk merujuk Mahfuz ke jawatankuasa itu pada asalnya dibawa oleh Datuk Ismail Mohamed Said (Umno-Kuala Krau) berikutan tindakan Mahfuz mengejek Umno dengan panggilan Umno-Apco berulang kali.

Mahfuz bertindak demikian ketika parlimen meluluskan bajet tambahan kerajaan secara belah bahagi petang ini.

wan junaidi tuanku jaafar Mengulas tindakan yang dikenakan terhadap Mahfuz, timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata keputusan itu dibuat melalui undian suara semasa mesyuarat bersidang dalam jawatankuasa untuk meluluskan bajet berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas sidang ditangguhkan petang ini, Wan Junaidi berkata usul yang dibawa oleh wakil Kuala Krau diterima pakai kerana wakil Umno tersebut berdiri atas 26(1)(p).

"26(1)(p) ialah kuasa untuk berdiri lepas itu dia membawa usul di bawah 36(12). Kuasa untuk berdiri mesti ada dulu. Lepas itu merujuk apa dia kesalahan di bawah 36(12.

"Apa yang (Kuala Krau) tidak sebut ialah perkara 26(1)(p). Tetapi bila (ahli dewan) bangun, beliau seperti biasanya, sepatutnya sebut peraturan mesyuarat yang mana.

"Tetapi banyak ahli parlimen yang tidak sebut kuasa untuk berdiri, itu memang sering terjadi, mereka hanya akan sebut kesalahan yang dilakukan," katanya.

'Pergelutan' hampir dua jam di Dewan Rakyat hari ini juga berakhir dengan timbalan Wan Junaidi sendiri terpaksa meminta maaf kepada Dewan kerana menangguhkan mesyuarat sedangkan dewan masih lagi bersidang secara jawatankuasa.

chor chee hung "Sebab ada usul yang dibuat terlebih dahulu daripada menteri (Datuk Chor Chee Heung, BN-Alor Setar) sudahpun diluluskan oleh majlis yang membenarkan dewan bersidang sehingga pukul 7.30 malam.

"Tanpa usul, saya tidak boleh tangguh seperti itu saja. Tapi disebabkan usul tersebut, saya terpaksa ada satu lagi usul untuk membatalkan usul terdahulu," katanya.

tajuddin abdul rahman Di pihak pembangkang pula, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dijadikan sasaran untuk dirujuk ke jawatankuasa tersebut.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengemukakan usul berkenaan sejak semalam lagi dan hari ini perkara itu dibangkitkan lagi beberapa kali.

Tajuddin dilaporkan telah mengeluarkan tuduhan tidak berasas, antaranya dengan mengatakan ada di antara pemimpin daripada DAP Pulau Pinang yang kerap ke Singapura dan Hong Kong dan menjual rahsia negara kepada dua negara itu.

lee kuan yew Tajuddin juga didakwa berkata Lim merupakan bekas pegawai politik kepada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew ( kiri ).

Lim meminta agar Tajuddin mengemukakan bukti mengenai tuduhan itu dan sekiranya gagal, beliau akan dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan.

Berdas lim kit siang 201108 arkan hujah yang dikemukakan Lim ( kanan ), Pandikar Amin  memberi peluang kepada Tajuddin untuk membuat penjelasan berhubung kenyataannya semalam, bagaimanapun beliau memilih untuk tidak menarik balik kenyataannya itu dan bertegas bersedia menerima sebarang tindakan.

Berikutan itu, barisan pembangkang hari ini menggesa supaya diadakan undi belah bahagian yang dipersetujui Speaker Dewan.

Bagaimanapun, berdasarkan undian, 56 bersetuju supaya Tajuddin dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan manakala 82 lagi tidak bersetuju sekaligus menyelamatkan anggota Parlimen Pasir Salak itu daripada dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan.

ADS