Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pua dedah lagi kontrak 'dicurigai'
Diterbitkan:  Apr 8, 2010 12:46 PM
Dikemaskini: 10:55 AM

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini membuat pendedahan lanjut mengenai kontrak yang "dicurigai" di laman MyProcurement.

NONE Beliau hari ini membangkitkan empat lagi kes seumpama itu, antaranya membabitkan 76 kontrak yang dikeluarkan kementerian pelajaran berjumlah RM123.5 juta.

Daripada jumlah itu, satu kontrak tersebut melibatkan pembekalan makanan masak kepada sebuah sekolah menengah di Maran, Pahang bernilai RM1.4 juta.

Tony mendakwa kontrak berkenaan diberikan kepada seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian.

"Kebanyakan daripada kontrak ini juga diberikan kepada individu dan bukannya kepada syarikat," katanya.

Beliau juga mempertikaikan dua lagi kontrak yang diperolehi sebuah syarikat yang bertanggungjawab membina sebuah hostel 200 bilik dengan kos RM7.8 juta di Terengganu.

"Ini telah diperbetulkan oleh menteri di parlimen sebagai RM7.8 juta kerana ada kesilapan dalam tulisan," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen hari ini.

Pengarah berusia 23 tahun

"Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada Disember 2007 tanpa apa-apa hasil dalam akaunnya pada 31 Disember 2008," katanya yang membacakan satu kenyataan.

Katanya, syarikat Rafa Sepakat Sdn Bhd itu bagaimanapun dianugerahkan lagi satu kontrak bernilai RM53.4 juta dalam tempoh enam bulan lalu.

NONE "Lebih menarik lagi, pemegang syer utama 66 peratus dan juga pengarah syarikat ini, Abdul Rahman Abdul Ghani usianya baru mencecah 23 tahun bulan ini," katanya lagi.

Beliau juga mempertikaikan dua kontrak PDRM untuk membeli dakwat pencetak pejabat, setiap satu bernilai RM25.4 juta dan RM12.9 juta.

Katanya, ini memberikan anggaran sebanyak RM400 juta dibelanjakan untuk setiap anggota polis untuk menggunakan dakwat pencetak berkenaan.

"Tanpa maklumat tambahan diberikan kami tidak dapat membuat kesimpulan lanjut kecuali mengambil perhatian bahawa peningkatan harga sebanyak 20% bermakna hampir RM8 juta telah bocor daripada dua kontrak ini," katanya.

Satu lagi kontrak yang dicurigainya ialah pembekalan sejenis perisai badan oleh KDI Garment Sdn Bhd bernilai RM82.8 juta.

Seperti juga kes melibatkan Rafa Sepakat, maklumat kontrak KDI Garment di laman MyProcurement itu juga dikhuatiri mengandungi kesalahan titik perpuluhan.

Katanya lagi, KDI Garment hanya mencatatkan pulangan sebanyak RM1.75 juta pada Julai 2006.

"Bagaimana satu syarikat boleh dianugerahkan kontrak yang bernilai hampir 50 kali daripada pulangannya yang diketahui?," soalnya.

ADS