Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Peneroka Felda Sungai Buaya mengharapkan BN akan memberi perhatian dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, untuk menyelesaikan isu tuntutan bayaran pampasan bagi tanah mereka yang sudah berlarutan lebih 10 tahun yang lalu.

Makkazen felda hulu selangor Setiausaha jawatankuasa kemajuan rancangan kawasan tersebut, yang peneroka di situ, Makazzen Marzuki, 70, (kiri) berkata beliau difahamkan BN akan membantu menyelesaikan masalah mereka itu, namun belum ada kepastian setakat ini.

"Sekarang ada angin bergoyang sikit-sikitlah, tapi belum jelas apa-apa yang dia (BN) hendak bagi itu," katanya yang merupakan antara peneroka terawal di kawasan itu.

"Kalau mereka bagi RM250 juta baki itu baguslah. Kalau tidak, tidak tahulah saya," katanya lagi ketika ditemui di kampung itu.

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan muhyiddin hulu selangor melawat kawasan perumahan Bandar Sungai Buaya esok dan dijangka menyentuh isu tersebut dalam ucapannya.

Makazzen berkata, itu adalah tuntutan utama mereka bagi pilihan raya kali ini.

Baki tanah seluas 1,620 ekar itu gagal dibangunkan pemajunya apabila syarikat berkenaan mengalami kegawatan, kesan krisis matawang Asia pada 1997.

Tanah tersebut merupakan sebahagian daripada 3,100 ekar milik peneroka yang disatukan pada 1994.

Kawasan itu kini dibangunkan sebagai taman perumahan Bandar Sungai Buaya yang dilengkapi sebuah sekolah.

Sebahagian daripada penduduk berkenaan menerima bentuk penyelesaian pampasan untuk setiap ekar tanah bernilai RM150,000 seekar itu, yang dicadangkan syarikat berkenaan.

Ada antara peneroka itu kini memiliki hingga tiga rumah teres yang kini bernilai sehingga RM350,000 setiap unit, namun 100 orang lagi mengambil jalan untuk menyelesaikannya di mahkamah.

Kes tersebut kini masih di mahkamah, kata Makkazen lagi.

"Bermula pada Ogos 1995, mereka bayar secara runcit (ansuran), kadang mereka bayar RM5,000, ada RM10,000.

"Kali terakhir mereka bayar RM50,000 pada Februari 1996. Kemudian mereka tidak boleh bayar lagi.

"Ada peneroka yang ambil rumah (sebagai bayaran baki), tapi ada yang tidak ambil sebab mereka mahu tunai baki RM250 juta itu," katanya.

Tambahnya, daripada 100 orang yang menuntut bayaran balik itu, kini hanya tinggal seramai 87 orang yang masih hidup termasuklah dirinya.

Mustaf Talib felda ulu selangor Ditemui selepas itu, ketua kampung berkenaan Mustaf Talib (kanan) berkata berkata beliau telah menyerahkan cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mengenalpasti sebuah syarikat berkaitan kerajaan untuk membeli baki tanah milik peneroka.

"Sebelum ini PLUS telah umumkan untuk buat 'interchange' ke Sungai Buaya, jadi mudahlah untuk majukan kawasan ini.

"Sekarang baki tanah itu juga sudah ditukar ke status industri.

"Saya rasa kerajaan pusat boleh bantu, saya sudah cadang supaya GLC ambil serta merta dan bayar terus kepada peneroka.

"Mereka boleh bagi pendahuluan dulu sebanyak 10 peratus atau 15 peratus dan selebihnya bayar selepas pilihan raya.

"Itu saja masalah yang dihadapi mereka sekarang. Kalau mereka dapat balik pampasan itu, selesailah semuanya," katanya.

ADS