Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri nafi ada 'tekanan' ke atas Pornthip
Diterbitkan:  Apr 12, 2010 2:48 PM
Dikemaskini: 6:55 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan pakar patologi terkemuka Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand bahawa beliau menerima ”tekanan politik” daripada kerajaan Malaysia untuk menghentikan keterangan beliau dalam inkues Teoh Beng Hock.

parliament gobind singh ban over nazri mistake 251108 01 Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak benar, Nazri berkata, pakar tersebut hendaklah menamakan pihak yang didakwa memberi tekanan terhadap beliau kerana kerajaan tidak akan dapat mengambil tindakan sekiranya tiada bukti kukuh yang menyokong dakwaan berkenaan.

"Beritahu saya siapa? Datuk Seri Nazri atau orang lain? Kita nak tahulah, kalau tak tahu mana mungkin boleh bantu dia. Siapa juga boleh cakap ‘saya dipaksa’. Tapi siapa yang paksa, kita nak tahu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau NONE mengulas dakwaan Dr. Pornthip yang mengatakan beliau tidak akan hadir memberi keterangan inkues Teoh Beng Hock yang akan bersambung 20 April ini kerana menerima ”tekanan politik” dari kerajaan Malaysia.

Nazri turut menafikan dakwaan bahawa pakar tersebut juga telah tidak dibenarkan masuk ke Malaysia pada awal tahun ini, kerana menurutnya tiada sebab kerajaan tidak membenarkan pakar itu memasuki negara buat kali kedua memandangkan beliau telah berbuat demikian sebelum ini.

- Bernama

ADS